Apakah Leptospirosis (Bakteria Kencing Tikus)?
Leptospirosis adalah merupakan penyakit yang disebabkan oleh Bakteria Leptospira interrogans.
Leptospirosis Juga dikenali Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd's, Demam pesawah (Ricefield fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart, Demam Canicola.
Bagaimanakah Leptospirosis Tersebar?
Leptospirosis boleh disebarkan oleh pelbagai haiwan seperti tikus, skunks, opossums, raccoons dan musang. Penyakit ini disebarkan melalui sentuhan dengan tanah atau air yang telah dicemari oleh haiwan ini terutamnya melalui luka ataupun membran bermukus, hidung, mata dan mulut. Minuman dan makanan yang telah dicemari dengan bacteria ini juga boleh menyebarkan penyakit ini.
Kalau dilihat melalui mikroskop bentuk virus ini adalah berbentuk spiral dan boleh hidup didalam air tawar selama satu bulan atau lebih. Ia tidak boleh hidup didalam air laut.
Siapakah yang Berisiko Dijangkiti ?
Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang,
pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem
pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai
di kawasan panas.
Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing,
binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan
yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
APAKAH SIMPTOM-SIMPTOM TERKENA JANGKITAN?
Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
Demam tinggi,menggigil, Sakit Kepala, Lesu / lemah,Muntah-muntah , radang mata, rasa ngilu dibahagian betis dan punggung.
Simptom-simptom ini cuma akan kelihatan antara 4 hari ke 9 hari selepas jangkitan.
Maka adalah wajar untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan sebelum terkena.
Apakah Komplikasi Akibat Jangkitan?
• Pada bahagian hati akan menjadi kekuningan pada hari ke 4 dan ke 6. Kegagalan Ginjal (buah pinggang) .
• Jantung berdebar-debar tidak menentu,membengkak dan gagal berfungsi.
• Pada bahagian paru-paru pengidap akan merasa nyilu,batuk berdarah dan sesak nafas.
• Akan berlaku pendarahan dalaman kerana kerosakan pada pembuluh darah pada saluran pernafasan,pencernaan,buah pinggang,alat sulit dan mata.
• Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin
• Bagi pengidap yang hamil akan berlaku keguguran dan kandungan sama ada lahir tidak cukup bulan,lahir cacat atau kandungan mati semasa lahir
Apa rawatan untuk Leptospirosis?
Antibiotik pilihan adalah penisilin, streptomisin, tetrasiklin dan Erythromycin. . Dialisis ginjal mungkin diperlukan dalam beberapa kes
Bagaimanakah Cara Mencegah Jangkitan?.
• Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari.
• Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.
• Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka.
• Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dsbnya.
• Menjaga kebersihan sekeliling,sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling terutama rumah anda,membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari.
• hapuskan tikus-tikus yang berkeliaran
• Tutup makanan dengan sempurna supaya tidak dicemari oleh tikus
Paling mudah perkara ini berjangkit adalah melalui Bekas Tin terutama minuman ringan yang diletak ditempat terbuka.
Jadi ingat-ingatlah! Cuci bahagian atas atau pun minumlah menggunakan straw.
No comments:
Post a Comment