Saturday, April 10, 2010

OTAK KANAN DAN OTAK KIRI



Perbezaan teori fungsi otak kanan dan otak kiri telah popular sejak tahun 1960. Seorang pengkaji bernama Roger Sperry telah membuat penemuan bahawa otak manusia terdiri dari 2 hemisfera (bahagian), iaitu otak kanan dan otak kiri yang mempunyai fungsi yang berbeza. Atas jasanya ini beliau mendapat hadiah Nobel pada tahun 1981. Selain itu dia juga menemukan bahawa pada saat otak kanan sedang bekerja maka otak kiri cenderung lebih tenang, demikian pula sebaliknya.

Otak kanan berfungsi dalam hal persamaan, khayalan, kreativiti, bentuk atau ruang, emosi, muzik dan warna. Daya ingat otak kanan bersifat panjang (long term memory). Bila terjadi kerosakan otak kanan misalnya pada penyakit stroke atau tumor otak, maka fungsi otak yang terganggu adalah kemampuan visual dan emosi misalnya.

Otak kiri berfungsi dalam hal perbezaan, angka, urutan, tulisan, bahasa, hitungan dan logikal. Daya ingat otak kiri bersifat jangka pendek (short term memory). Bila terjadi kerusakan pada otak kiri maka akan terjadi gangguan dalam hal fungsi berbicara, berbahasa dan matematika.

Walaupun keduanya mempunyai fungsi yang berbeza, tetapi setiap individu mempunyai kecenderungan untuk mengunakan salah satu belahan yang dominan dalam menyelesaikan masalah hidup dan pekerjaan. Setiap belahan otak saling mendominasi dalam aktiviti namun keduanya terlibat dalam hampir semua proses pemikiran

No comments: