Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Monday, April 5, 2010

Leptospirosis (Bakteria Kencing Tikus)


Leptospira interrogan





Apakah Leptospirosis (Bakteria Kencing Tikus)?
Leptospirosis adalah merupakan penyakit yang disebabkan oleh Bakteria Leptospira interrogans.
Leptospirosis Juga dikenali Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd's, Demam pesawah (Ricefield fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart, Demam Canicola.


Bagaimanakah Leptospirosis Tersebar?
Leptospirosis boleh disebarkan oleh pelbagai haiwan seperti tikus, skunks, opossums, raccoons dan musang. Penyakit ini disebarkan melalui sentuhan dengan tanah atau air yang telah dicemari oleh haiwan ini terutamnya melalui luka ataupun membran bermukus, hidung, mata dan mulut. Minuman dan makanan yang telah dicemari dengan bacteria ini juga boleh menyebarkan penyakit ini.
Kalau dilihat melalui mikroskop bentuk virus ini adalah berbentuk spiral dan boleh hidup didalam air tawar selama satu bulan atau lebih. Ia tidak boleh hidup didalam air laut.

Siapakah yang Berisiko Dijangkiti ?
Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang,
pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem
pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai
di kawasan panas.
Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing,
binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan
yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

APAKAH SIMPTOM-SIMPTOM TERKENA JANGKITAN?
Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
Demam tinggi,menggigil, Sakit Kepala, Lesu / lemah,Muntah-muntah , radang mata, rasa ngilu dibahagian betis dan punggung.
Simptom-simptom ini cuma akan kelihatan antara 4 hari ke 9 hari selepas jangkitan.
Maka adalah wajar untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan sebelum terkena.


Apakah Komplikasi Akibat Jangkitan?
• Pada bahagian hati akan menjadi kekuningan pada hari ke 4 dan ke 6. Kegagalan Ginjal (buah pinggang) .
• Jantung berdebar-debar tidak menentu,membengkak dan gagal berfungsi.
• Pada bahagian paru-paru pengidap akan merasa nyilu,batuk berdarah dan sesak nafas.
• Akan berlaku pendarahan dalaman kerana kerosakan pada pembuluh darah pada saluran pernafasan,pencernaan,buah pinggang,alat sulit dan mata.
• Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin
• Bagi pengidap yang hamil akan berlaku keguguran dan kandungan sama ada lahir tidak cukup bulan,lahir cacat atau kandungan mati semasa lahir

Apa rawatan untuk Leptospirosis?
Antibiotik pilihan adalah penisilin, streptomisin, tetrasiklin dan Erythromycin. . Dialisis ginjal mungkin diperlukan dalam beberapa kes

Bagaimanakah Cara Mencegah Jangkitan?.
• Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari.
• Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.
• Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka.
• Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dsbnya.
• Menjaga kebersihan sekeliling,sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling terutama rumah anda,membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari.
• hapuskan tikus-tikus yang berkeliaran
• Tutup makanan dengan sempurna supaya tidak dicemari oleh tikus
Paling mudah perkara ini berjangkit adalah melalui Bekas Tin terutama minuman ringan yang diletak ditempat terbuka.

Jadi ingat-ingatlah! Cuci bahagian atas atau pun minumlah menggunakan straw.

Tuesday, August 18, 2009

Mari Berkenalan Dengan H1N1


Apa itu H1N1?

viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.


Jangka hayat virus?

Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik.....akan 'bersih' dr virus tersebut.

Apa yg perlu tahu ?

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di Mexico .

Virologi virus H1N1 incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.


Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Bagaimanakah Cara serangan Virus ini?

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi.

Siapa yang berisiko

1.orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemok

2. perempuan yg mengandung 3 .orang yg ada astmatic

4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)

* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 diatas


Apakah Simptom2 Selsema Babi?

day 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya day 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)

day 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas

day 4 - sakit dada yg teruk....... .jumpa doktor dengan segera.....

day 5 and above lung collapse @ koma


Bagaimanakah Mengawal Jangkitan ?

1 - golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)

2 - menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3 - elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4 - jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5 - jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)

6 - orang yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.

7 - jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan 8 - jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus. 9 - tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!! !!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal. 10 - vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010. 11 utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia . mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan. 12 - tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini. Sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.Amin. Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m'siadi Pan Pasific Klia pada 01.08.2009.

Sunday, August 16, 2009

THE FACTS OF PLASTICS

Did you ever drink from a plastic bottle and see a triangle symbol on the bottom with a number inside?
Do you know what the number stands for?
Did you guess that it's just for recycling?
Then you are WRONG !!!!!!
THE NUMBER TELLS YOU THE CHEMICAL MAKE UP OF THE PLASTIC.....

1) Polyethylene terephalate (PET)
2) High density polyethylene (HDPE)
3) Unplasticised polyvinyl chloride (UPVC) or Plasticised polyvinyl chloride (PPVC)
4) Low density polyethylene LDPE
5) Polypropylene (PP)
6) Polystyrene (PS) or Expandable polystyrene (EPS)
7) Other, including nylon and acrylic


What you aren't told is that many of the plastics used are toxic and the chemicals used to create a plastic can leach out of the plastic and into the food / drink.
Think about it, how many times have you or a friend said "I don't like this, it taste like the plastic bottle ..... "
THAT'S BECAUSE YOU ARE TASTING THE PLASTIC
The WORST ONES are Nos: 3, 6, and 7 !!!
DO NOT USE THESE NUMBERS if stated at the bottom of the bottle) !!!

Thursday, May 21, 2009

Tips : Washing grapes with Colgate








This is one great tip esp. for fruit lovers.
I love eating grapes with the skin on BUT had to peal it many times
because of the white looking chemical on it.

Now there is a way to get these white stuff off the skin!
I am sure this works too for other fruits sprayed with the same chemical.